Sunday, June 16, 2019

Surah Al Baqarah, ayat 164 (Satu perkongsian)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Perkongsian dari maqrok 10, surah al Baqarah, ayat 158 - 176 (Jurnal al Quran).

Ayat yang saya berulang kali membaca tafsirnya adalah ayat 164.  Ayat yang terkesan buat saya.

Saya diberitahu oleh cikgu yang ayat ini dan ayat sebelumnya adalah ayat ruqyah.

Maka, ingin juga saya selitkan sedikit pengajaran yang saya dapat dari ayat sebelumnya iaitu ayat 163 yang bermaksud

"Dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain dari Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."

Dari dua ayat ini, diceritakan tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah SWT iaitu:
1.  Tuhan yang Satu (tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah
2.  Allah menjadikan langit dan bumi
3.  Allah menukarkan siang dan malam
4.  Allah yang melayarkan kapal di lautan
5.  Allah yang menurunkan hujan
6.  Allah menghidupkan tumbuh-tumbuhan dan binatang
7.  Allah yang meniupkan angin, awan

Itu baru sedikit sahaja yang dinyatakan. Dan Allah juga berkata ke semua ini adalah untuk kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.

Betul, kalau kita lihat kesemua yang dinyatakan itu, setiap satunya mempunyai cerita yang panjang lebar. Dan dari setiap satunya itu lah juga, lahir apa yang kita kenali sebagai ilmu sains, ilmu fizik, ilmu kimia dan sebagainya. Ya, sudah ada orang yang mengkaji. Tugas kita sekarang adalah memahaminya. :)

Perasaan saya: kagum dan terpesona.

Sebenarnya, selepas sahaja saya membaca maqrok ini, dan meneliti ayat 164 ini, badan saya rasa lemah lesu, seram sejuk seperti nak demam dan loya. Sehinggakan saya terpaksa menyuruh suami saya memicit bahu dan belakang kerana terasa sangat lenguh. Waktu itu saya tidak tahu yang ayat ini adalah ayat ruqyah.

Bila diberitahu, saya bertanya pada ahli grup Circle Bidadari ni. Ada makna ke kalau saya baca ayat ruqyah tiba-tiba badan terasa lenguh begitu. Seorang ahli grup dan cikgu kata "Ya, itu maksudnya saya sedang melalui proses healing." Healing dari apa? Wallahuallam. Ada sedikit penyakit la tu kot.
Dan ini berlaku pada hari Jumaat selepas waktu Zuhur.

Saya disarankan untuk mengulang baca ayat tersebut beberapa kali. Dan alhamdulillah, selepas berehat dan mengulang ayat itu untuk beberapa ketika, badan saya terasa cergas kembali. Saya baca lagi sekali esoknya, tiada apa-apa kesan dah. 

Alhamdulillah.




No comments:

Post a Comment