Sunday, June 30, 2019

Perkongsian ayat 238, surah al Baqarah (jurnal Al Quran)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Perkongsian dari maqrok 15, surah al Baqarah, ayat 233 - 242 (Jurnal al Quran).

Ayat yang sangat terkesan pada saya. 

Allah memberi peringatan untuk menjaga waktu solat. Memang terkesan kerana sering terbabas untuk solat di awal waktu. Huhuhu. Sepatutnya sebagai seorang suri rumah, saya perlu berusaha sedaya upaya untuk menyusun waktu antara kerja-kerja rumahtangga dengan waktu solat. Itu antara pelan tindakan yang perlu saya ambil.

Allah juga berfirman mengenai sembahyang Wusta iaitu sembahyang Asar. Otak saya yang selalu ingin tahu ni tertanya-tanya juga, kenapa waktu Asar yang menjadi perhatian? Rupa-rupanya, ada kelainan pendapat berkenaan sembahyang Wusta ini. Ada yang menyatakan ianya adalah solat Subuh berdasarkan beberapa kisah di zaman Nabi Muhammad SAW. Namun, pendapat yang majoriti adalah kepada solat Asar. Walau apa pun, kita sebagai hambaNya patut cuba untuk jaga ke semua waktu solat itu. Tak perlu pilih kasih :)

Dan berdirilah kerana Allah - solat kita itu haruslah ikhlas kerana Allah. Sebab kita cintakan Allah. Kita inginkan redhaNya, kasihNya, rahmatNya dan bukan kita solat sebab kita nak duit, sebab kita nak pangkat dan seumpamanya. Huhuhu. 

Taat dan khusyuk - sebagaimana seorang hamba berhadapan dengan tuannya, sebagaimana rakyat bertemu dengan raja, begitulah kita bila bertemu dengan Allah, malah patut berlebih di dalam menjaga tertib dan tumpuan kita. 

Dan sekali lagi, ayat ini di letakkan di dalam maqrok ini yang secara keseluruhannya bercerita mengenai hal rumahtangga dan perceraian.  Dalam konteks ini, Allah memberi peringatan kepada kita, dalam melayari bahtera rumahtangga, jagalah solat supaya rumahtangga kita juga turut terjaga.

Wallahuallam bissawab. 

No comments:

Post a Comment