Friday, August 2, 2019

PERKONGSIAN SURAH AL ANAM AYAT 141

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Apps Al-Quran
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Salam Jumaat dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang dihormati.

Al-An'am 6:141

وَهُوَ ٱلَّذِىٓ أَنشَأَ جَنَّٰتٍ مَّعْرُوشَٰتٍ وَغَيْرَ مَعْرُوشَٰتٍ وَٱلنَّخْلَ وَٱلزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُۥ وَٱلزَّيْتُونَ وَٱلرُّمَّانَ مُتَشَٰبِهًا وَغَيْرَ مُتَشَٰبِهٍۚ كُلُوا۟ مِن ثَمَرِهِۦٓ إِذَآ أَثْمَرَ وَءَاتُوا۟ حَقَّهُۥ يَوْمَ حَصَادِهِۦۖ وَلَا تُسْرِفُوٓا۟ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلْمُسْرِفِينَ

Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.

Keterangan ayat :
📌 Allah telah menjadikan dan mencipta kebun-kebun yang mempunyai tumbuh-tumbuhan yang menjalar dan tidak menjalar. Juga Allah telah mencipta pohon-pohon tamar dalam pelbagai bentuk, warna dan juga rasa.

📌 Setelah semuanya berbuah, maka nikmati dan makanlah buah-buahan tersebut.

📌 Walau bagaimanapun Allah juga berpesan terhadap umat-umat agar tidak keterlaluan dalam menikmati segala nikmat-nikmat yang Allah berikan.

📌 Setelah merasai akan segala nikmat tersebut, maka wajib bagi hambanya untuk keluarkan zakat atas segala apa yang kita makan dan juga belanjakan.


Thought :
📌 Dari ayat tersebut, jelaslah Allah sangat sayangkan setiap umat-umatnya.

📌 Maka dengan sebab itulah Allah mencipta tumbuh-tumbuhan dan juga pohon-pohon tamar dalam pelbagai bentuk, warna dan juga rasa.

📌 Setiap apa yang kita belanjakan dan juga makan, janganlah sampai keterlaluan hinggakan wujud satu pembaziran. Allah tak suka akan sikap melampau atau pembaziran.

📌 Setelah kita merasai akan segala nikmatnya, maka wajiblah kita mengeluarkan zakat dan dapatlah kita menyucikan harta dan tanamam kita dari perkara yang tidak halal.

Choices :

📌 Kita tidak digalakkan untuk membuat apa sahaja bentuk pembaziran terhadap segala nikmat yang kita kecapi sekarang.

📌 Jangan amalkan sikap melampau terhadap sesuatu perkara.

Behaviour :
📌 Nikmati akan segala nikmat yang diberi oleh Allah asalkan tidak terlalu keterlaluan.

📌  Setiap apa yang kita makan dan belanjakan wajib juga kita berikan hak kepada golongan yang sepatutnya.

Feelings :

📌 Rasa insaf dan juga rasa sesal.
📌 Barulah sedar bahawa apa sahaja yang kita belanjakan wajib bagi kita mengeluarkan zakat .

Affirmation :
Ya Allah
Ya Rahman
Berdoa agar Allah senantiasa kekalkan rasa kepada hari akhirat dan juga seksa api neraka disana nanti.

Tuesday, July 30, 2019

ALLAH PENCIPTA SELURUH ALAM


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Al-Quran Apps
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Al-An'am 6:96

فَالِقُ ٱلْإِصْبَاحِ وَجَعَلَ ٱلَّيْلَ سَكَنًا وَٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَ حُسْبَانًاۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ ٱلْعَزِيزِ ٱلْعَلِيمِ

Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.

Kebenaran Ayat:
📌 Allahlah yang menciptakan waktu subuh, siang dan juga malam.
📌 Dengan wujudnya waktu malam, maka pada waktu itulah kita digalakkan untuk berehat setelah penat seharian bekerja diwaktu siang.
📌 Selain Allah wujudkan waktu siang dan malam, Allah juga menciptakan matahari dan juga bulan . Dengan adanya matahari dan bulan maka senanglah umatnya untuk membuat kiraan waktu.

Thought :
📌 Dari surah Al-Anam ayat 96 ini, jelas Allah maha berkuasa ke atas alam semesta ini. Maka dari situlah terciptanya waktu siang dan juga malam.
Waktu siang kita jalankan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan. Sementara waktu malam pula masa untuk beribadah dan juga berehat.

📌 Dengan adanya matahari dan juga bulan dari situlah kita dapat tetapkan hari, bulan dan juga tahun.

Choices :
📌 Kita diberi pilihan untuk mengatur aktiviti harian sebaik yang mungkin. Dalam masa yang sama beribadah dan beramal janganlah ditinggalkan sama sekali.

Behaviour :
📌 Memastikan kita tidak sia-siakan waktu yang ada dan tidak leka. Maknanya Allah sudah jadikan waktu siang untuk bekerja keras dan waktu malam untuk beramal dan berehat. Sesibuk mana pun kita janganlah mengabaikan kewajipan kita kepada Allah yang maha esa.

Feelings :
📌 Ketika membaca surah ini teringat kepada diri sendiri yang senantiasa sibuk dan ada masa terlalai waktu bersama Allah yang maha esa.
📌 Terasa sangat berdosa dan insaf akan segala kekhilafan diri sendiri.

Affirmation :
Ya Allah Ya Rahman pencipta seluruh alam semesta ini. Semoga kau senantiasa perkukuhkan keimanan dan senantiasa wujud rasa insaf ke atas diri ini.



Sekian
Sariah Awang Senik

Wednesday, July 17, 2019

BERITA GEMBRIA DAN SATU AMARAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Apps Al-Quran
http://www.facebook.com/sariahawangsenik



Alhamdulilah. Membaca dan memahami surah An-Nisa ayat 165 ini bagaikan pakej dua dalam satu. Mendengar khabar gembria juga mendapat satu amaran dari Allah yang maha esa bagi golongan kafir dan juga mereka yang suka melakukan perbuatan maksiat.

Kebenaran ayat:
@ Allah telah menyampaikan khabar gembria buat orang-orang yang beriman melalui rasul-rasul yang telah Allah utuskan.
@ Juga satu amaran kepada orang-orang kafir juga mereka yang suka berbuat maksiat .
@ Allah juga menyampaikan pesanan bahawa kejadian hari kiamat itu adalah benar dan bukan satu rekaan semata-mata.
@ Dan Allah maha berkuasa akan seluruh alam dan manusia diatas muka bumi ini.

Apakah yang kita faham tentang ayat ini?
Apa yang dapat difahami dari surah An-Nisa ayat 165, jelas orang-orang beriman telah Allah janjikan berita terbaik buat mereka. Selain itu ayat 165 juga merupakan satu amaran bagi golongan kafir dan juga yang suka berbuat maksiat.

Selain itu, kejadian hari kiamat adalah benar dan bukan satu kisah dongeng dan telah terbukti dalam Al-Quran dan hadis.

Sesungguhnya Allah maha berkuasa akan segala makhluk diatas muka bumi ini.

Pilihan kita untuk kita :
Berusaha bersungguh-sungguh perbaiki segala amalan untuk menjadi orang yang lebih beriman disisi Allah yang maha esa.

Mengelakkan diri dari berbuat maksiat kerana mungkin akan mendapat balasan yang amat dahsyat di akhirat kelak.

Bersiap sedia dengan amalan soleh bagi berhadapan dengan kejadian hari kiamat kelak.

Tindakan kita :
Tingkatkan segala ibadah untuk menjadi golongan yang lebih beriman dan jauhkan diri dari perbuatan yang berkaitan dengan maksiat.
Antaranya perbanyakkan zikir, selawat, membaca Al-Quran, mendirikan solat diawal waktu dan juga mengerjakan solat-solat sunat.

Semua amalan mesti dilakukan hanya kerana Allah dan takutkan hari kiamat dan Allah maha mengetahui akan segalanya.

Perasaan kita bila membaca ayat ini :
Rasa gerun mengenangkan hari kiamat yang bakal berlaku tak lama lagi.
Juga senantiasa beringat saat telah melakukan satu perkara berkaitan maksiat dan balasan di akhirat kelak.

Syukur :
Ya Allah lindungi kami dari segala perkara yang berkaitan dengan perbuatan maksiat. Ya Allah teguhkan hati kami dalam melakukan segala ibadah dengan istiqamah kerana Allah supaya dapat menempatkan diri di kalangan orang-orang yang beriman.


Sekian
Sariah Awang Senik


Tuesday, July 16, 2019

KEBAIKAN DAN KEMAAFAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Apps Al Quran
http://www.facebook.com/sariahawangsenik

Alhamdulilah. Agak lama juga untuk tulis entri baru dalam blog Circle Bidadari. Berdoa juga kepada Allah agar terus istiqamah dalam memahami dan menterjemahkan semua surah Al-Nisa mengikut pemahaman sendiri.
Antara apa yang saya faham dari surah An-Nisa ayat 149 adalah.

Kebenaran ayat:
Menurut dari apa yang difaham dari surah An-Nisa ayat  149 adalah apa sahaja kebaikan yang dilakukan secara sembunyi tidak digalakkan untuk untuk diwar-warkan kepada orang lain.
Dan cukup sahaja Allah yang maha mengetahui akan segala kebaikan tersebut.
Lebih lagi Allah suka jikalau umatnya memaafkan apa sahaja kesalahan orang lain terhadap kita, kerana kita hamba Allah bersifat tidak sempurna.

Apakah yang kita faham tentang ayat ini?
Antara lain Allah mengalakkan umatnya untuk lakukan seberapa banyak kebaikan. Akan tetapi janganlah bersikap riak sebaik sahaja melakukan satu kebaikan.
Dan Allah juga sangat suka kepada orang-orang yang senantiasa memaafkan dan meminta maaf dan biarlah satu kemaafkan itu dilakukan hanya kerana Allah yang maha esa.

Pilihan kita untuk kita :
Kita pilih untuk senantiasa memaafkan orang lain kerana mungkin satu masa nanti giliran kita pula untuk meminta maaf.
Lakukan seberapa banyak kebaikan akan tetapi janganlah disebabkan satu kebaikan kita akan menjadi riak.

Tindakbalas kita:
Lakukan kebaikan hanya kerana Allah dan memaafkan orang lain juga kerana Allah yang maha esa.

Perasaan kita bila membaca surah An-Nisa ini:
Risau jika kebaikan yang dilakukan boleh mencampakkan diri ke penjara riak.
Senantiasa memaafkan dan memohon maaf sesama sendiri dan kemaafan yang dilakukan hanyalah kerana Allah yang maha esa.

Syukur:
Ya Allah kau tetapkanlah hati kami untuk lakukan segala kebaikan hanya kerana Allah.
Ya Allah kau ringankan juga hati kami untuk saling memaafkan sesama insan yang lain.


Sekian
Sariah Awang Senik

Saturday, July 6, 2019

TAUBAT


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Appa Al Quran
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Alhamdulillah. Hujan juga malam ini walau taklah lebat mana.
Setidak-tidaknya Allah makbul juga satu impian yang sangat besar ini.
Tak turun hujan selama hampir seminggu. Berfikir-fikir juga agaknya banyak sangat kekhilafan diri dan mungkin Allah sedang menguji benteng keimanan ini.

Terima kasih Ya Allah atas turunnya rahmatMu malam ini.

Sedang berusaha segigih yang mungkin menulis berdasar ayat-ayat Al Quran.
Biar membaca setiap bacaan hanya sekadar terjemahan ayat, namun sudah cukup menjentik hati ini secara tanpa sedar.
Berdoa juga agar dapat membaca dan khatam Al Quran dengan lancar.

Malam ini berkongsi manfaat tentang taubat dari ayat 17 surah An Nisa.
Apa yang saya faham melalui ayat ini ialah Allah memperkata tentang amalan bertaubat.
Dari penerangan ayat 17 surah An Nisa ini, telah Allah tegaskan bahawasanya Allah senantiasa menerima taubat hambanya.

Paling utama Allah menerima taubat orang yang berbuat kejahatan asbab dari kejahilan dan mereka segera bertaubat atas segala perbuatan jahat yang mereka telah lakukan.
Tak kira siapa pun hamba Allah tersebut, pintu taubat selalu terbuka bagi orang-orang yang benar-benar insaf akan segala perbuatan jahatnya.

Dengan bertaubat secara bersungguh-sungguhlah dapat mencegah hamba Allah tersebut dari terus mengulangi perbuatan jahat hamba Allah tersebut.
 Ingatlah Allah maha mengetahui akan segalanya termasuk segala apa yang terkandung dalam hati setiap umatnya.



Sekian
Sariah Awang Senik

Friday, July 5, 2019

SURAH AN NISA, AYAT 1

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Apps Al Quran
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah kau kurniakanlah ilham untuk aku terjemahkan ayat 1 surah An Nisa mengikut kefahaman aku sendiri.
Semoga Allah permudahkan segalanya.
Aamiin Ya Allah.

Patutnya saya lebih istiqamah dalam usaha-usaha untuk memahami setiap ayat dalam surah-surah Al Quran. Jika dihayati dan faham secara terperinci banyak manfaat yang kita boleh dapat dari setiap surah dalam Al Quran ini.
Dan yang penting Al Quran adalah satu rujukan bagi segala masalah dalam apa jua permasalahan di dunia ini.

Baiklah, dari apa yang saya faham melalui ayat 1 surah An Nisa ini jelaslah segala hamba Allah, tak kira lelaki ataupun perempuan adalah asbab pertemuan Adam dan Hawa.
Allah telah menjadikan Adam sebagai suami dan Hawa sebagai seorang isteri.
Maka dari pertemuan dua jiwa inilah lahirlah keturunan yang berkembang biak sebagai seorang lelaki dan juga perempuan sehinggalah ke hari ini.

Maka disebabkan dengan pertemuan yang diatur oleh Allah inilah kita wajib bertaqwa kepada Allah kerana dengan izinNyalah kita ada segalanya hari ini. Ayah, ibu, abang, kakak dan juga adik-beradik maka semua disebabkan pertemuan Adam dan Hawa ini.

Selain itu Allah juga mengalakkan umatnya supaya menjaga dengan sebaik yang mungkin hubungan silaturrahim diantara sesama umat. Biar berbeza keturunan dan warna kulit namun semuanya dibawah payung agama yang satu iaitu agama suci Islam.
Janganlah kita berpecah belah hanya disebabkan ada perbezaan dimana-mana.

Ketahuilah Allah senantiasa mengawasi segala tindak tanduk kita sebagai umatnya tak kira dalam perkara kebaikan dan juga keburukan.

Melihat daripada sisi kehidupan sendiri melalui ayat 1 surah An Nisa ini , terfikir adakah sudah faham sebenar-benarnya satu hubungan silaturrahim sesama saudara seislam.
Adakah sudah berusaha segigih yang mungkin untuk berusaha menyatukan kembali satu hubungan yang makin renggang?

Kadangkala tersalah faham sedikit, berhari lamanya mendiamkan diri dan bermasam muka sesama rakan sendiri.
Semoga Allah melindungi hati ini dari terus terpengaruh dengan segala bisikan syaitan.
Ingatlah tak kira perkara kebaikan atau keburukan , Allah senantiasa mengawasi hamba-hambanya.

Biar apa pun dosa yang telah dilakukan oleh umatnya Allah tetap jua memaafkan hambanya.
Inikan pula hubungan silaturrahim antara satu sama yang lain.
Ya Allah ampunkan segala dosa-dosa kami dan seluruh umat Muhammad ini.


Sekian
Sariah Awang Senik

Tuesday, July 2, 2019

MEMPERTAHANKAN

 Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Apps Al Quran
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Alhamdulilah.
Bismillahirrahmanirrahim. Semoga entri tentang ayat 167 dari surah Al Imran ini bermanfaat buat semua. Syukur juga Allah permudahkan segalanya.
Menulis entri berdasarkan ayat-ayat suci bukanlah satu perkara yang mudah.
Harapannya dengan perkongsian yang tak seberapa ini dapatlah memberi manfaat buat yang sudi singgah membacanya.

Berdasarkan ayat 167 dari surah Al Imran jelaslah Allah menerangkan bahawa Allah mengalakkan umat-umatnya untuk berjuang berperang mempertahankan agama suci Islam.
Maka dengan sebab itulah Allah mengurniakan pahala buat mereka yang berjuang mempertahankannya.

Selain dari berjuang mempertahankan diri, keluarga serta harta benda, maka jikalau ditakdirkan terkorban dalam peperangan tersebut, maka Allah akan anugerahkan kematian syahid buat mereka yang terkorban.

Meskipun begitu masih ramai yang tidak mengetahui akan pahala mereka yang berjuang menentang semua musuh-musuh yang berusaha untuk mencemari agama suci Islam ini.
Allah maha mengetahui akan apa yang ada dalam setiap hati bergelar manusia.

Pandangan tentang diri sendiri.
Secara jujurnya belum berusaha dengan lebih gigih untuk mengelakkan agama Islam dicemari.

Teringat akan kisah yang berlaku didepan mata, betapa liciknya manusia yang beragama lain berusaha untuk menjatuhkan maruah agama Islam. Lebih parahnya mereka tidak segan silu mengedarkan risalah tentang kebaikan agama yang mereka anuti sekarang.
Liciknya mereka walau berbangsa lain namun mempunyai keupayaan untuj bertutur dalam bahasa yang lain.

Bagaikan satu tamparan yang maha hebat.
Terasa diri makin kecil dan tidak berupaya mempertahankan agama Islam dari terus dikecam sebagai satu ancaman.
Dengan usaha gigih mereka ini, tak mustahil ada diantara kalangan yang beragama Islam akan mudah terpengaruh dengan segala janji manis mereka.


Sekian
Sariah Awang Senik

Thursday, June 20, 2019

SEBUAH PERJALANAN KEMBALI

Assalamualaikum

Saya dilahirkan sebagai anak kepada orang Islam. Seperti orang lain saya hidup dalam suasana kehidulan seorang Muslim.
Diajar rukun Islam dan rukun Iman.
Praktikal dan teori seimbang

Namun kehidupan yg dilalui itu ibarat roller coster sehingga saya merasakan seolah tiada kehidupan yang tenang di dunia ini.

Saya mencari-cari sesuatu yg saya tidak pasti
Jatuh rebah tersungkur
Dan saya gagahi bangkit kembali
Namun tersungkur lagi.

Di mana silapnya..
Pencarian itu saya teruskan.
Seolah sesuatu memanggil manggil saya.
Saya tak tahu ia apa
Dan dimana patut saya cari

Sehinggalah pd tahun 2015
Seorang sahabat ajak saya ke kelas alquran
"jom kita mengaji "

Keterujaannya itu berselang seli dengan kerisauan kerana saya tak pandai tajwid.

Sebaliknya guru yg mengajar penuh santun dan saya boleb mengaji lancar enam bulan kemudian.


Bermula disitu
Pelbagai laluan Allah hantar
Semuanya membawa saya dekat denganNya.

Sehingga saya dapat tahu tentabg Seminar Auditlife
By Puan Husna Haron

Satu fasa baru dalam hidup saya
Tatkala kami membaca terjemahan surah AlWaqiah.
Saya tersentak terkedu dan rasa mcm nak demam
Melewati ayat 77-79
"Dan sesungguhnya alQuran yang sangat mulia. Dalam kitab yang terpelihara (Luh Mahfuz)
Tidak ada yang menyentuhnya selain hamba-hamba yang disucikan.
Diturunkan oleh Tuhan seluruh alam"

Meletup kolam hati saya membacanya.
Menikam nikam dada
Ini lah jawapannya
Mengapa saya tidak berdamping dengan AlQuran

Mengapa hidup saya bak roller coster

Saya mendakwa saya hidup berTuhan
Tetapi saya abaikan surat cintaNya
😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

Sejak itu saya usaha
Untuk terus berdamping dengan AlQuran

Tuhan
Dosaku menggunung
Masih belum disucikan
Untuk lebih cintakan alQuran
Tapi aku nekad
Aku mahu terus bersama

Walau dipinggir cuma
Akan ku selami segalanya
Demi
Sebuah Perjalanan Kembali
Ke perkampungan Abadi

Mazni (HM Legacy 2019)

Wednesday, June 19, 2019

MENGALAKKAN TETAPI TIDAK MEMAKSA



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber: Apps Al-Quran
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Al-Baqarah 2:233

وَٱلْوَٰلِدَٰتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَٰدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَۚ وَعَلَى ٱلْمَوْلُودِ لَهُۥ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِٱلْمَعْرُوفِۚ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَاۚ لَا تُضَآرَّ وَٰلِدَةٌۢ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوْلُودٌ لَّهُۥ بِوَلَدِهِۦۚ وَعَلَى ٱلْوَارِثِ مِثْلُ ذَٰلِكَۗ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالًا عَن تَرَاضٍ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَاۗ وَإِنْ أَرَدتُّمْ أَن تَسْتَرْضِعُوٓا۟ أَوْلَٰدَكُمْ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُم مَّآ ءَاتَيْتُم بِٱلْمَعْرُوفِۗ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

==========================================================================

Allahuakbar. Terlalu banyak dugaan hari ini.
Namun Allah jualah yang melindungi hambanya dari segala perkara yang tidak diingini.
Maka dalam setiap apa yang kita lakukan, wajiblah terlebih dahulu meminta atau memohon kepada Allah agar permudahkan segala urusan kita.

Semoga Allah senantiasa kurniakan ilham untuk terus istiqamah menulis dari ayat-ayat suci surah Al-Baqarah ini. Sejak akhir-akhir ini banyak perkara yang menyentuh lubuk hati ini.
Mungkin jua Allah sedang mengerakkan hati ini ke jalan yang sepatutnya. Allah mungkin ingin kita lebih fokus dan istiqamah dalam perkara yang berkaitan kebaikan.
Maka dengan sebab itulah Allah hadirkan ramainya insan-insan yang juga suka kepada minat yang sama iaitu menulis.

Menulis berdasarkan ayat-ayat suci Al-Quran adalah satu pengalaman yang baru dalam hidup saya. Selalunya hanya menulis melalui pengalaman kehidupan yang telah dilalui beberapa tahun yang lepas.

Alhamdulillah. Kali ini menulis hasil dari pemahaman sendiri dari surah Al-Baqarah ayat 233.
Dari ayat tersebut, Allah telah mengalakkan para ibu untuk menyusukan bayi mereka sehinggalah genap berusia dua tahun. Maka adalah menjadi satu kewajipan bagi seorang bapa untuk menyediakan segala keperluan mengikut kemampuan bapa dan juga keluarga tersebut. Itupun jika ibu dan bapa mahu sempurnakan apa yang Allah galakkan.

Apa pun dari sudut yang lain tiada paksaan sama sekali.
Semuanya terletak pada keputusan yang diambil oleh seorang ibu dan juga bapa.
Maka jikalau tak mahu laksanakan apa yang Allah suruh oleh beberapa sebab yang tak dapat dielakkan maka Allah jua tak akan menghukum ibu atau bapa tersebut.

Mengenai isu penyusunan yang Allah galakkan ini, teringat kisah suatu waktu ketika anak-anak masih bayi.
Bagaimana anak yang lelaki ada ibu susuan dan alhamdulillah dapat menyusukan anak yang bongsu sehingga genap berusia dua tahun.

Anak yang lelaki ada ibu susuan kerana waktu itu sibuk menjaga arwah kakaknya yang sedang sakit kronik. Dalam masa yang sama waktu itu saya baru habis berpantang dan kakaknya diserang demam panas. Kalau diingatkan anak yang lelaki baru sahaja belajar minum susu botol dan masih tidak berapa pandai menyusu botol.

Dengan keadaan kakaknya yang demam panas melampau saya tiada pilihan terpaksa meninggalkan si adik yang baru berumur 6 bulan dengan jiran sebelah rumah.
Kuasa Allah jiran juga dalam proces berpantang anak yang ke empat. Agak kelam kabut tapi serahkan segalanya kepada Allah yang maha esa. Dan Allah permudahkan segalanya.
Jiran pernah bercerita yang anak lelaki saya langsung tak mahu menyusu botol dan selalu menangis.

Bimbang dengan keadaan anak lelaki saya yang menangis dan tak mahu menyusu botol, terus jiran meminta izin dari suaminya untuk menyusukan anak lelaki bertuah saya ini.
Syukur sebaik sahaja menyusu dia terus terlena.

Maka sejak itulah anak lelaki saya ada ibu, ayah dan juga adik-beradik susuan. Sehingga kini hubungan mereka akrab dan saling bertanya khabar dengan emak susuan juga adik-beradik yang lain. Sejak kejadian itu dan setelah arwah kakaknya kembali ke rahmatullah, saya nekad dan berdoa jika Allah kurniakan anak yang ketiga, maka saya berimpian untuk menyusukan anak sehingga genap berumur dua tahun.

Berkat dari doa kepada Allah setiap hari, saya disahkan mengandung lagi anak yang ke tiga.
Sebaik sahaja bersalin, saya terus menyusukan anak yang ketiga ini sepenuhnya. Maka tak hairanlah anak dara yang nan seorang ini susah nak kena sakit dan demam. Kalau ada demam pun tak lama mana.

Itulah pengalaman lalu tentang penyusuan. Menyusukan anak sendiri adalah satu nikmat yang sukar digambarkan. Hubungan antara anak dan ibu menjadi semakin erat dan aura seorang ibu terhadap anaknya sangat kuat.


Sekian
Sariah Awang Senik

Safa dan Marwah dalam kehidupan kita

Bismillah, Ya Allah, izinkan aku dan pimpinlah jari-jari ini untuk mencoretkan sesuatu yang bermakna sebagai ingatan buat diriku dan sahabat-sahabat yang membaca....

Rasa teruja, berdebar, takut pun ada. Biasanya menulis untuk tatapan dan luahan diri sendiri, tapi hari ini saya belajar untuk menulis dan berkongsi tentang suatu perjalanan...Perjalanan diri saya dengan Al-Quran. Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud.... Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang Maha Pencinta. 
Sering kita dengar, Al Quran itu ayat-ayat Cinta dari Allah.... Tapi, kenapa bila kita membacanya tiada rasa, tak faham apa-apa pun.... alah, cerita dulu-dulu.... 
Astaghfirullahal adzim.... Maafkan aku Ya Allah... aku hambaMu yang jahil.

Memanglah kita tak akan faham, memanglah kita tak rasa apa-apa.... bila kita cuba membaca Al-Quran macam kita membaca buku teks, buku ilmiah....
Tapi bila saya mula membaca Al Quran dari hati, dengan adabnya, dengan niat dan doa.... Ya Allah, ajarkan aku, fahamkan aku..... bila mula mengaitkan ayat-ayat Quran ini dengan kehidupan Saya..... Allahu, memang terasa seperti Allah sedang bercakap dengan saya....

Perjalanan dalam Jurnal Al Quran masih di dalam Surah Al Baqarah... hari ni yang
terkesan di hati saya ialah dari ayat 158.... ya memang ia tentang manasik Haji.



“Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui”.

 Sahabat-sahabat sudah ada yang mendapat tarikh menunaikan Ibadah Haji.... Rindu datang lagi, mengingatkan diri ini kembali pada 2 tahun yang lalu ketika sedang bersiap-siap untuk menunaikan Haji..... Ya Allah, hati ini terlalu rindu Allah.... 

Sebelum ini, Saya hanya nampak ‘Safa dan Marwah’ sebagai satu Ibadah Umrah dan Haji.... namun sebenarnya, Safa dan Marwah ini juga adalah sebenarnya kehidupan kita setiap hari.... 
Allah memperjalankan kita setiap hari... Jika kita seorang pekerja, Safa dan Marwah kita adalah Rumah dan Pejabat Kita, jika kita seorang surirumah, Safa dan Marwah kita adalah tanggungjawab dan tugasan kita di Rumah.... jika kita pelajar, sekolah atau universiti kita itu Safa dan Marwah kita.... Ya Allah, benar Ya Allah bila hambaMu melakukan sesuatu dengan sukarela dan ikhlas.... balasan dariMu sangatlah luas.... Hati akan merasa lebih bahagia dan tenang.....

Ya Allah, Terima kasih Ya Allah di atas kefahaman ini.... bimbinglah kami di dalam setiap Perjalanan hidup kami ini.....

LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH"

Tuesday, June 18, 2019

HARGAILAH DAN BELA NASIB MEREKA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Apps Al-Quran
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Syukur Allah masih izinkan untuk bernafas lagi dan jalankan segala tanggungjawab ini.
Maka setiap hari jugalah gigih untuk luahkan rasa bersyukur terhadap Allah melalui selawat, zikir dan juga sedekah.
Terima kasih Ya Allah kau permudahkan segalanya.
Saat fikir kadang keadaan kehidupan yang tak semewah mana, rupanya ada lagi insan yang hidupnya lebih menderita.

Ketika memandang wajah anak-anak tersayang yang kekurangan kasih sayang seorang ayah asbab sebuah perceraian, ada lagi anak-anak lain yang lebih menyedihkan. Kehilangan kedua orang tua tersayang sekaligus menjadikan anak-anak tersebut seorang yatim piatu.
Pastinya bergelar seorang yatim piatu bukanlah satu gelaran yang s
diimpikan oleh setiap anak-anak.

Dalam ayat surah Al-Baqarah (2) ayat 220, telah Allah jelaskan bahawa kita adalah sangat digalakkan untuk membantu dan juga membela nasib anak-anak yatim piatu.
Sebaiknya janganlah kita lepas tangan melihat nasib anak-anak yatim piatu ini. Jikalau boleh berusahalah apa yang termampu untuk membantu meringankan penderitaan dan juga kesedihan anak-anak yatim ini.

Mengapa Allah sangat mengalakkan untuk membantu anak-anak yatim piatu ini?

Mereka anak-anak yatim piatu adalah saudara seagama dan jika bukan kita yang  membantu dan memberi sokongan, siapalah lagi ya??

Atas kesedaran itulah juga dari ayat 220 dari surah Al-Baqarah, Allah menyarankan kita untuk menjalinkan hubungan silaturahim dengan anak-anak yatim piatu supaya lebih erat dabdapat membantu anak-anak agar tidak merasa tersisih untuk mengharungi sebuah bahtera kehidupan.

Insyaallah dengan ayat 220 ini, kita tidak lagi terlalu mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan wajah-wajah polos anak-anak yatim piatu yang sangat dahagakan kasih dan sayang seorang yang bernama ayah dan juga ibu.

Al-Fatihah buat arwah ibu dan juga bapa anak-anak yatim piatu yang telah kembali kepada maha penciptaNya.


Sekian
Sariah Awang Senik

Ada Apa Pada Nyamuk

Al-Baqarah 2:26

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَسْتَحْىِۦٓ أَن يَضْرِبَ مَثَلًا مَّا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَاۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْۖ وَأَمَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فَيَقُولُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلاًۘ يُضِلُّ بِهِۦ كَثِيرًا وَيَهْدِى بِهِۦ كَثِيرًاۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِۦٓ إِلَّا ٱلْفَٰسِقِينَ

Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;

Apa  yang hadir dalam fikiran

Kenapa Allah memberi peumpamaan nyamuk?

Kenapa Allah rasa tidak malu menggunakan peumpamaan itu?

Allah tidak malu kerana Dia mampu melakukan dan mencipta sesuatu yang kecil hingga sesuatu yang besar. Dan apa sahaja yang dicipta walaupun sekecil nyamuk ada hikmahnya.

Nyamuk yang kecil punya belalai. Gajah yang besar pun punya belalai. Tapi belalai nyamuk yang kecil mampu membunuh Raja Namrud yang hebat dan jahat. Dan kisah ini adalah benar.

Tapi orang yang ingkar masih lagi bertanya kenapa Allah memberikan perumpamaan nyamuk.

Manusia selalu tanya kenapa. Kenapa itu kenapa ini. Kenapa Allah bagi aku macam tu,  kenapa Allah bagi macam ni.

Semalam timbul juga dalam pemikiran ketika sedang menyantuni mak buang air. Tiba-tiba dipukulnya saya. Hati berkata mak dah tua, tak ingat. Boleh sabar dan berdiam Tapi masih lagi bertanya pada Allah, kenapalah Allah buat aku macam ni. Banyak sangat dosa aku ni. Nak dapat pahala pun susah.

Pilihan yang salah

Memilih untuk bertanya pada Allah 'kenapa', Lupa tentang hikmah disebalik sesuatu kejadian

Pilihan yang benar

Jangan menjadi orang yang ingkar mempertikaikan apa yang Allah beri.
Allah maha Mengasihi, ada sebab perkara itu berlaku walaupun kita tak faham kenapa ia berlaku sebab al Al Haq. Dia berhak melakukan apa sahaja dan setiap apa yang Dia lakukan ada hikmahnya. Dia mengetahui apa yang lebih baik.

Al-Baqarah 2:216

كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكْرَهُوا۟ شَيْـًٔا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّوا۟ شَيْـًٔا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


Sikap yang benar

Berperang berjihad dengan diri sendiri. Apa yang berlaku sama ada yang baik ataupun yang buruk berlaku adalah proses untuk kita menundukkan ego kita sendiri.

Sesuatu yang kita tidak suka tidak akan sama dengan nikmat yang sangat banyak Allah telah berikan.

Dan tidak patut kita tanya kenapa Allah memberikan sesuatu yang buruk. Apa yang patut saya lakukan adalah bersyukur atas segala keburukan yang diberi kerana ia juga adalah nikmat kerana  dapat menyuci sikap kegoaan yang mengotorkan hati.


An-Nahl 16:18

وَإِن تَعُدُّوا۟ نِعْمَةَ ٱللَّهِ لَا تُحْصُوهَآۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Emosi

Feeling Happy dan bersyukur atas sifat ar Rahman ar Rahim Allah.

Terima kasih Allah atas apa yang Engkau berikan pada ku.  Sesungguhnya apa yang Engkau berikan itu adalah nikmat yang paling besar untuk aku terus berada di jalan yang lurus.

Monday, June 17, 2019

DUGAAN SALAH SATU JALAN KE SYURGA




Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Apps Al-Quran
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Alhamdulillah.
Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. Semoga Allah permudahkan untuk menulis entri ini sebaik yang mungkin. Jujur diri ini bukanlah pandai mana dalam membaca kalam Allah ini. Membaca setiap kalimah Allah ini pun masih merangkak-rangkak lagi. Jika ada silap dimana-mana, mohon kemaafan dan janganlah segan untuk menegur diri yang terlalu banyak dosa ini.

Menyiapkan tugasan setiap hari dari group cycle bidadari ini dengan berpandukan ayat-ayat suci dari surah Al-Baqarah 2, ayat 203 sehinggalah ayat 218.
Ketika membaca terjemahannya, hati tertarik dengan ayat 214 dari surah Al-Baqarah ini.
Ayat yang menerangkan bahawa sebagai hamba Allah dilarang sama sekali untuk merasa terlalu yakin bahawa diri akan masuk terus ke syurga tanpa diuji oleh Allah terlebih dahulu.

Sebagai seorang hamba Allah pasti Allah akan menduga setiap hambanya dengan pelbagai dugaan. Mungkin Allah akan menduga hambanya dengan kesakitan, kekecewaan, kemiskinan , keruntuhan rumahtangga dan bermacam dugaan dugaan lagi.

Terus teringat kepada diri sendiri yang telah mengharungi pelbagai ujian dalam kehidupan.
Pemergian bonda yang tercinta dan kembalinya arwah anak tersayang asbab satu penyakit kronik juga musnahnya mahligai impian.
Secara jujur saat musibah datang bertandang dalam kehidupan ini, kehidupan terasa amat sempit dan terasa bagaikan satu bebanan yang amat berat.

Mulalah diri menyoal balik kepada Allah, kenapa Allah kurniakan semua dugaan-dugaan tersebut. Setelah beberapa ketika barulah tersedar bahawa setiap dugaan yang Allah anugerahkan itu terselit satu hikmah yang maha besar.
Contohnya, Allah gantikan bonda tercinta dengan arwah ibu mertua yang sangat baik dan memahami juga Allah anugerahkan dua orang cahayamata lelaki dan juga perempuan sebagai penganti arwah anak sulung yang tersayang.

Semua itu adalah hikmah yang tersembunyi disebalik semua ujian tersebut.
Dalam ayat 214 juga ada menyarankan kepada setiap hamba Allah yang sedang diuji akan senantiasa bersabar dan jangan sesekali berputus asa berdoa terus kepada Allah yang maha esa.
Allah yang turunkan ujian maka sudah pastilah ada rahmat disebalik semua dugaan tersebut. Apa yang perlu kita lakukan ketika sedang ditimpa musibah hanyalah bersabar, yakin dan lebih dekatkan diri kepada Allah.

Hinggalah satu saat, kita tak sangka sudah melepasi semua dugaan tersebut dan sudah pun merasai akan hikmahnya dari semua musibah yang telah kita harungi itu.
Insyaallah ayat 214 ini juga sebagai satu peringatan kepada diri agar senantiasa memastikan diri tak sedih dan yakin Allah selalu berada disisi biar apa pun yang terjadi kepada diri ini.
Harapannya dengan segala ujian atau musibah yang telah diharungi itu bolehlah dijadikan sebagai salah satu tiket untuk syurga abadi disana nanti.


Sekian
Sariah Awang Senik


Friday, June 14, 2019

Jurnal Doa Al Fatihah


Dengan Namamu Bismillah hirahhmanirrahim,

Dengan Nama ALLAH yang maha pemurah dan penyayang. Dengan Namamu aku hidup Ya Allah. Dengan kasih-sayang dirimu yang menjadikan aku ada daripada tiada. Dengan namamu aku memulakan sesuatu perkara dalam hidupku.

Ya Allah ya tuhanku, segala puji dan kesyukuran hanya layak  aku panjatkan kepada  untukmu rabb sekaliaan alam. Aku merafakkan segala puji dan kesyukuran hanya untukmu atas segala-gala nikmat dan peluang yang aku dapat dalam hidup ini ya Allah.

Tidak terungkapnya rasa syukurku kepadamu kerana engkau memudahkan segala urusanku untuk  berada dalam Journey of Iman, Living into greatness iaitu untuk terus mempelajari kalammu iaitu AL-quran  dan untuk terus belajar membaiki diri ini.

Ya Allah ya tuhanku yang memberi segala nikmat dalam kehidupan ini sama ada aku sedar atau tidak sedar Ya ALLAH, Ya ALLAH aku sangat bersyukur ya Allah kerana lahir kedunia ini dan merasai nikmat sebuah kehidupan ya Allah .

Ya Allah dengan sifat Ar Rahman  dan Ar Rahim mu Yang Maha Pemurah dan Penyayang, Aku memohon kepadamu bantulah aku , mudahkanlah urusanku untuk berada dalam Journey of Iman  ini dan berilah kesabaran kepadaku untuk mengutip segala ibrah dan pengajaran dalam kehidupan.

Ya ALLAH dengan namamu Ar Rahman dan Ar Rahim, rahmatilah perjalanan hidupku ini dengan petunjukmu, pandanglah aku dengan pandangan kasih sayangmu walaupun kadang-kadang diri ini sering leka dan lalai.   Ya ALLAH , aku tidak mampu hidup tanpa Rahmatmu dan “mercy” daripadamu . Bantulah aku Ya Allah.

Ya Allah, pemilik hari pembalasan ( Yaumuddin). Ya ALLAH, engkau maha berkuasa atas diri ini dan engkau juga maha berkuasa pada hari perhintungan nanti.

Ya ALLAH, kematiaan satu kepastiaan. Dan Hari Pembalasan satu kepastiaan.

Ya ALLAH, Bantulah aku untuk hidup didunia dengan “purpose” yang benar iaitu untuk sentiasa mentauhidkumu dalam kehidupanku dan sentiasa menjadikan akhirat sebagai begin with end of mind supaya aku sentias bersedia berjumpa denganmu.

Ya ALLAH, Hanya kepada Engkau aku mengabdikan diri dan hanya kepada Engkau aku memohon pertolongan.

Ya ALLAH, aku hanyalah hambamu Ya ALLAH.
Bantulah aku Ya Allah,dan hanya kepadamu aku memohon pertolongan Ya Allah.

Bantulah aku untuk terus  hidup dan bersabar mencari kebenaran dan hidup dengannya dan berpegang dengannya.


Ya ALLAH, tunjukilah dan tuntunilah diri ini kedalam jalan yang lurus  dengan petunjuk Al-Quran dan jalan  orang-orang yang engkau beri nikmat di akhirat kelak dan bukanlah jalan orang yang engkau murkai dan jalan orang yang sesat.

Wednesday, June 12, 2019

Sedekah Bukan Kerana Ganjaran

Selalu bila bersedekah aku memikirkan ganjaran yang Allah akan berikan. Terutama bila aku dalam keadaan kekurangan sumber kewangan. Terlintas di dalam fikiran “Kalau aku sedekah ni, mesti Allah akan berikan lebih”. Malu aku. Aku lupa bahawa aku kena bersedekah kerana rezeki yang  TELAH Allah berikan pada aku. Bukan sebab ganjaran.  Aku pun selalu berfikir bila dapat rezeki lebih, aku sangkakan bahawa rezeki lebih ni adalah hasil sedekah aku. Aku pula memandai-mandai menentukan apa yang Allah berikan.

Aku lupa bahawa orang-orang beriman apa bila bersedekah akan berasa takut
وَالَّذِينَ هُم بِآيَاتِ رَبِّهِمْ يُؤْمِنُونَ -  23:58

Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka


وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوا وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَىٰ رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ - 23:60

Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka;

Kenapa orang-orang beriman hati mereka bergetar kerana memberi? Kerana mereka takut amal mereka ibarat debu yang berterbangan

وَقَدِمْنَا إِلَىٰ مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَّنثُورًا -  25:23

Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan

Aku perlu tanamkan dalam diriku bahawa aku bersedekah kerana redha Allah dan bersyukur atas pemberianNya untuk menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat

فَآتِ ذَا الْقُرْبَىٰ حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ - 30:38

Maka (bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.

Doa : Ya Allah, aku mohon padaMu agar Engkau mengilhamkan aku bahawa aku bersedekah kerana rezeki yang telah Engkau berikan padaku. Jadikan aku orang yang bersedekah kerana redha Mu supaya aku tergolong daripada orang-orang yang berjaya dunia akhirat. Sesungguhnya ganjaran di akhirat adalah lebih baik. Amin. Terima kasih Allah atas segalanya


Jurnal Syukur

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang kerana telah memberikan aku rezeki pendapatan hari ini.

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kerana kasih sayang Mu memberi aku kesihatan untuk aku terus mencari rezeki, Ya Fatah, Ya Razak, Ya Wasit

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah ya Rahman Ya Rahim kerana kasih sayang Mu telah memberikan aku ilham untuk aku memahami ilmu yang aku pelajari.