Tuesday, June 18, 2019

Ada Apa Pada Nyamuk

Al-Baqarah 2:26

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَسْتَحْىِۦٓ أَن يَضْرِبَ مَثَلًا مَّا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَاۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْۖ وَأَمَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فَيَقُولُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلاًۘ يُضِلُّ بِهِۦ كَثِيرًا وَيَهْدِى بِهِۦ كَثِيرًاۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِۦٓ إِلَّا ٱلْفَٰسِقِينَ

Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;

Apa  yang hadir dalam fikiran

Kenapa Allah memberi peumpamaan nyamuk?

Kenapa Allah rasa tidak malu menggunakan peumpamaan itu?

Allah tidak malu kerana Dia mampu melakukan dan mencipta sesuatu yang kecil hingga sesuatu yang besar. Dan apa sahaja yang dicipta walaupun sekecil nyamuk ada hikmahnya.

Nyamuk yang kecil punya belalai. Gajah yang besar pun punya belalai. Tapi belalai nyamuk yang kecil mampu membunuh Raja Namrud yang hebat dan jahat. Dan kisah ini adalah benar.

Tapi orang yang ingkar masih lagi bertanya kenapa Allah memberikan perumpamaan nyamuk.

Manusia selalu tanya kenapa. Kenapa itu kenapa ini. Kenapa Allah bagi aku macam tu,  kenapa Allah bagi macam ni.

Semalam timbul juga dalam pemikiran ketika sedang menyantuni mak buang air. Tiba-tiba dipukulnya saya. Hati berkata mak dah tua, tak ingat. Boleh sabar dan berdiam Tapi masih lagi bertanya pada Allah, kenapalah Allah buat aku macam ni. Banyak sangat dosa aku ni. Nak dapat pahala pun susah.

Pilihan yang salah

Memilih untuk bertanya pada Allah 'kenapa', Lupa tentang hikmah disebalik sesuatu kejadian

Pilihan yang benar

Jangan menjadi orang yang ingkar mempertikaikan apa yang Allah beri.
Allah maha Mengasihi, ada sebab perkara itu berlaku walaupun kita tak faham kenapa ia berlaku sebab al Al Haq. Dia berhak melakukan apa sahaja dan setiap apa yang Dia lakukan ada hikmahnya. Dia mengetahui apa yang lebih baik.

Al-Baqarah 2:216

كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكْرَهُوا۟ شَيْـًٔا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّوا۟ شَيْـًٔا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


Sikap yang benar

Berperang berjihad dengan diri sendiri. Apa yang berlaku sama ada yang baik ataupun yang buruk berlaku adalah proses untuk kita menundukkan ego kita sendiri.

Sesuatu yang kita tidak suka tidak akan sama dengan nikmat yang sangat banyak Allah telah berikan.

Dan tidak patut kita tanya kenapa Allah memberikan sesuatu yang buruk. Apa yang patut saya lakukan adalah bersyukur atas segala keburukan yang diberi kerana ia juga adalah nikmat kerana  dapat menyuci sikap kegoaan yang mengotorkan hati.


An-Nahl 16:18

وَإِن تَعُدُّوا۟ نِعْمَةَ ٱللَّهِ لَا تُحْصُوهَآۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Emosi

Feeling Happy dan bersyukur atas sifat ar Rahman ar Rahim Allah.

Terima kasih Allah atas apa yang Engkau berikan pada ku.  Sesungguhnya apa yang Engkau berikan itu adalah nikmat yang paling besar untuk aku terus berada di jalan yang lurus.

No comments:

Post a Comment