Monday, June 17, 2019

Perkongsian ayat 186, surah Al Baqarah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Perkongsian dari maqrok 11, surah al Baqarah, ayat 177-188 (Jurnal al Quran).

Ayat yang terkesan pada saya adalah seperti di bawah:


Ada banyak perasaan bila membaca ayat ini. Rasa terharu, rasa syukur, rasa malu.  

Rasa terharu dan syukur --> Allah katakan yang Dia sentiasa hampir dengan kita, hambaNya. Jika kita rasa sendirian, tiada siapa yang endahkan kita, janganlah lupa, Allah ada bersama. 

Rasa malu -->  Allah juga katakan yang Dia perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaNya. Malu kerana saya tidak cukup berdoa. 
Mungkin perasaan seperti tidak layak untuk berdoa itu sangat tebal di hati tetapi Allah tidak melihat itu semua. Kasihnya Dia, sayangnya Dia kepada kita, dia tidak peduli kamu layak ke tidak layak. Asal kita mahu berdoa, pasti akan Dia perkenankan.

Saya mendengar ceramah dari Ustaz Dr Muhammad Ihsan Zainuddin. Beliau ada sebut, kenapa kita tidak mahu berdoa? 

Mungkin ada yang menyatakan, buat apa berdoa sedangkan Allah sudah tahu apa yang ada dalam hati kita semua. 

Iya, memang Allah sudah tahu tapi kamu tu kenapa terlalu ego tidak mahu menyatakan apa yang kamu mahu. Kenapa perlu membiarkan aja Tuan kamu faham faham sendiri? 

Dah tentunya kamu tu hamba, walaupun Tuanmu sudah tahu apa maumu, tetap lah juga meminta. Tunjuk adab kamu. 
Allahuakbar. Berjurai airmata masa dengar ni. Huhuhu...Sombongkah kita?

Dan ketahui lah, bila kita meminta, Allah akan kabulkan doa kita (selagi doa itu tidak untuk sesuatu yang dilarang oleh Allah dan selagi tidak meminta untuk memutuskan silaturrahim) dalam 3 cara iaitu:

1)  terus dimakbulkan

2)  ditunda (sama ada ke satu saat yang tepat atau pada hari akhirat nanti. Yang di akhirat itu lebih lumayan, jika kita ketahui)

3)  tidak diberi yang diminta tetapi dihindarkan dari keburukan yang sama nilai dengan apa yang diminta.

Nah, siapa kata Allah tidak pernah makbulkan doa. Memang setiap saat doa kita dimakbulkan. Cuma kita sahaja yang tidak yakin 1000%.

Ustaz Ihsan lantas memberi cabaran pada hadirin, cuba kamu minta doa untuk dapat 3 trillion. apa rasa kamu? Yakin dapat atau tidak? Siapa rasa yakin, dia akan dapat. Kalau ragu-ragu, kirim salam aje lah. Huhuhu.

Itu lah pesan Allah pun pada kita. Sahut seruanKu dengan mematuhi perintahKu, dan beriman kepadaKu supaya menjadi baik serta betul. Yakin lah. 

Wallahuallam. 

No comments:

Post a Comment