Dengan Namamu Bismillah hirahhmanirrahim,
Dengan Nama ALLAH yang maha pemurah dan penyayang. Dengan
Namamu aku hidup Ya Allah. Dengan kasih-sayang dirimu yang menjadikan aku ada
daripada tiada. Dengan namamu aku memulakan sesuatu perkara dalam hidupku.
Ya Allah ya tuhanku, segala puji dan kesyukuran hanya
layak aku panjatkan kepada untukmu rabb sekaliaan alam. Aku merafakkan
segala puji dan kesyukuran hanya untukmu atas segala-gala nikmat dan peluang
yang aku dapat dalam hidup ini ya Allah.
Tidak terungkapnya rasa syukurku kepadamu kerana engkau
memudahkan segala urusanku untuk berada
dalam Journey of Iman, Living into greatness iaitu untuk terus mempelajari
kalammu iaitu AL-quran dan untuk terus
belajar membaiki diri ini.
Ya Allah ya tuhanku yang memberi segala nikmat dalam
kehidupan ini sama ada aku sedar atau tidak sedar Ya ALLAH, Ya ALLAH aku sangat
bersyukur ya Allah kerana lahir kedunia ini dan merasai nikmat sebuah kehidupan
ya Allah .
Ya Allah dengan sifat Ar Rahman dan Ar Rahim mu Yang Maha Pemurah dan
Penyayang, Aku memohon kepadamu bantulah aku , mudahkanlah urusanku untuk
berada dalam Journey of Iman ini dan
berilah kesabaran kepadaku untuk mengutip segala ibrah dan pengajaran dalam
kehidupan.
Ya ALLAH dengan namamu Ar Rahman dan Ar Rahim, rahmatilah
perjalanan hidupku ini dengan petunjukmu, pandanglah aku dengan pandangan kasih
sayangmu walaupun kadang-kadang diri ini sering leka dan lalai. Ya ALLAH , aku tidak mampu hidup tanpa
Rahmatmu dan “mercy” daripadamu . Bantulah aku Ya Allah.
Ya Allah, pemilik hari pembalasan ( Yaumuddin). Ya ALLAH,
engkau maha berkuasa atas diri ini dan engkau juga maha berkuasa pada hari
perhintungan nanti.
Ya ALLAH, kematiaan satu kepastiaan. Dan Hari Pembalasan
satu kepastiaan.
Ya ALLAH, Bantulah aku untuk hidup didunia dengan “purpose”
yang benar iaitu untuk sentiasa mentauhidkumu dalam kehidupanku dan sentiasa
menjadikan akhirat sebagai begin with end of mind supaya aku sentias bersedia
berjumpa denganmu.
Ya ALLAH, Hanya kepada Engkau aku mengabdikan diri dan hanya
kepada Engkau aku memohon pertolongan.
Ya ALLAH, aku hanyalah hambamu Ya ALLAH.
Bantulah aku Ya Allah,dan hanya kepadamu aku memohon
pertolongan Ya Allah.
Bantulah aku untuk terus
hidup dan bersabar mencari kebenaran dan hidup dengannya dan berpegang
dengannya.
Ya ALLAH, tunjukilah dan tuntunilah diri ini kedalam jalan
yang lurus dengan petunjuk Al-Quran dan
jalan orang-orang yang engkau beri
nikmat di akhirat kelak dan bukanlah jalan orang yang engkau murkai dan jalan
orang yang sesat.
No comments:
Post a Comment