Selalu bila bersedekah aku memikirkan ganjaran yang Allah akan
berikan. Terutama bila aku dalam keadaan kekurangan sumber kewangan. Terlintas
di dalam fikiran “Kalau aku sedekah ni, mesti Allah akan berikan lebih”. Malu
aku. Aku lupa bahawa aku kena bersedekah kerana rezeki yang TELAH Allah berikan pada aku. Bukan sebab
ganjaran. Aku pun selalu berfikir bila
dapat rezeki lebih, aku sangkakan bahawa rezeki lebih ni adalah hasil sedekah aku.
Aku pula memandai-mandai menentukan apa yang Allah berikan.
Aku lupa bahawa orang-orang beriman apa bila bersedekah akan berasa
takut
وَالَّذِينَ هُم بِآيَاتِ رَبِّهِمْ يُؤْمِنُونَ - 23:58
Dan
orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka
وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوا وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ
أَنَّهُمْ إِلَىٰ رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ - 23:60
Dan
orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar
kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka;
Kenapa
orang-orang beriman hati mereka bergetar kerana memberi? Kerana mereka takut
amal mereka ibarat debu yang berterbangan
وَقَدِمْنَا إِلَىٰ مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ
هَبَاءً مَّنثُورًا - 25:23
Dan
Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal
(yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang
berterbangan
Aku
perlu tanamkan dalam diriku bahawa aku bersedekah kerana redha Allah dan
bersyukur atas pemberianNya untuk menjadi orang yang berjaya di dunia dan di
akhirat
فَآتِ ذَا الْقُرْبَىٰ حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ
السَّبِيلِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ ۖ
وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ - 30:38
Maka
(bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin
serta orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredaan
Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Doa :
Ya Allah, aku mohon padaMu agar Engkau mengilhamkan aku bahawa aku bersedekah
kerana rezeki yang telah Engkau berikan padaku. Jadikan aku orang yang
bersedekah kerana redha Mu supaya aku tergolong daripada orang-orang yang
berjaya dunia akhirat. Sesungguhnya ganjaran di akhirat adalah lebih baik.
Amin. Terima kasih Allah atas segalanya
Jurnal Syukur
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah Yang Maha Pemurah dan Maha
Penyayang kerana telah memberikan aku rezeki pendapatan hari ini.
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kerana
kasih sayang Mu memberi aku kesihatan untuk aku terus mencari rezeki, Ya Fatah,
Ya Razak, Ya Wasit
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah ya Rahman Ya Rahim kerana
kasih sayang Mu telah memberikan aku ilham untuk aku memahami ilmu yang aku
pelajari.
No comments:
Post a Comment