Friday, June 28, 2019

Perkongsian ayat 212, surah Al Baqarah


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Perkongsian dari maqrok 13, surah al Baqarah, ayat 203 - 218 (Jurnal al Quran).


  • Orang kafir akan melihat kehidupan dunia ini indah.  
  • Orang yang bertaqwa dengan imannya sebenarnya lebih tinggi martabatnya daripada orang kafir di akhirat kelak. 
  • Allah memberi rezeki dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya)

Saya ada dengar ceramah mengenai ayat ini daripada Ustaz Ahmad Zainuddin.

Beliau mengatakan bahawa mereka yang mengejar dunia ini adalah mereka yang pendek akalnya.

Kenapa?
Sebab:
  • dunia yang dikejar ini cepat rosak. Jadi kenapa perlu dikejar benda yang kita tahu akhirnya akan rosak. 
  • dunia juga tidak sempurna sifatnya.  Diberi contoh seorang pemuda ingin mengahwini seorang wanita yang sangat cantik luarannya. Tetapi apabila berkahwin, rupa-rupanya ada kecacatan dari segi perangainya. Begitu lah dunia. 
  • dunia ini tempat ujian. Dan setiap dari kita akan diuji. Miskin atau kaya, itu ujian. Gagal atau berjaya, itu adalah ujian. Berkahwin atau tidak, ujian. Ada anak atau tidak, itu ujian. Semua yang kita lalui ada ujian nya. Untuk melihat bagaimana diri kita ini. Beruntunglah mereka yang beriman dan bersabar dengan setiap ujian yang diberikan. 
Begitulah orang yang bertaqwa itu lebih tinggi martabatnya kerana orang beriman lebih kejarkan akhirat yang sempurna sifatnya, yang tidak akan rosak dan tidak ada ujian lagi padanya. 
Negeri akhirat tempat pembalasan segala amal yang kita lakukan. 

Dan rezeki Allah itu memang tidak terkira banyaknya untuk mereka yang mengejar akhirat ini. 

How you feel?
Semangat membara ingin mengejar akhirat. 

Maka, harus mencari apa tindakan yang boleh saya lakukan untuk mendapatkan kebaikan di akhirat nanti. 

Ada yang ingin menambah? Mari lah kita saling berkongsi.




No comments:

Post a Comment