Assalamualaikum
Saya dilahirkan sebagai anak kepada orang Islam. Seperti orang lain saya hidup dalam suasana kehidulan seorang Muslim.
Diajar rukun Islam dan rukun Iman.
Praktikal dan teori seimbang
Namun kehidupan yg dilalui itu ibarat roller coster sehingga saya merasakan seolah tiada kehidupan yang tenang di dunia ini.
Saya mencari-cari sesuatu yg saya tidak pasti
Jatuh rebah tersungkur
Dan saya gagahi bangkit kembali
Namun tersungkur lagi.
Di mana silapnya..
Pencarian itu saya teruskan.
Seolah sesuatu memanggil manggil saya.
Saya tak tahu ia apa
Dan dimana patut saya cari
Sehinggalah pd tahun 2015
Seorang sahabat ajak saya ke kelas alquran
"jom kita mengaji "
Keterujaannya itu berselang seli dengan kerisauan kerana saya tak pandai tajwid.
Sebaliknya guru yg mengajar penuh santun dan saya boleb mengaji lancar enam bulan kemudian.
Bermula disitu
Pelbagai laluan Allah hantar
Semuanya membawa saya dekat denganNya.
Sehingga saya dapat tahu tentabg Seminar Auditlife
By Puan Husna Haron
Satu fasa baru dalam hidup saya
Tatkala kami membaca terjemahan surah AlWaqiah.
Saya tersentak terkedu dan rasa mcm nak demam
Melewati ayat 77-79
"Dan sesungguhnya alQuran yang sangat mulia. Dalam kitab yang terpelihara (Luh Mahfuz)
Tidak ada yang menyentuhnya selain hamba-hamba yang disucikan.
Diturunkan oleh Tuhan seluruh alam"
Meletup kolam hati saya membacanya.
Menikam nikam dada
Ini lah jawapannya
Mengapa saya tidak berdamping dengan AlQuran
Mengapa hidup saya bak roller coster
Saya mendakwa saya hidup berTuhan
Tetapi saya abaikan surat cintaNya
😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭
Sejak itu saya usaha
Untuk terus berdamping dengan AlQuran
Tuhan
Dosaku menggunung
Masih belum disucikan
Untuk lebih cintakan alQuran
Tapi aku nekad
Aku mahu terus bersama
Walau dipinggir cuma
Akan ku selami segalanya
Demi
Sebuah Perjalanan Kembali
Ke perkampungan Abadi
Mazni (HM Legacy 2019)
Thursday, June 20, 2019
Wednesday, June 19, 2019
MENGALAKKAN TETAPI TIDAK MEMAKSA
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber: Apps Al-Quran
http://www.facebook.com/sariahawangsenik
Al-Baqarah 2:233
وَٱلْوَٰلِدَٰتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَٰدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَۚ وَعَلَى ٱلْمَوْلُودِ لَهُۥ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِٱلْمَعْرُوفِۚ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَاۚ لَا تُضَآرَّ وَٰلِدَةٌۢ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوْلُودٌ لَّهُۥ بِوَلَدِهِۦۚ وَعَلَى ٱلْوَارِثِ مِثْلُ ذَٰلِكَۗ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالًا عَن تَرَاضٍ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَاۗ وَإِنْ أَرَدتُّمْ أَن تَسْتَرْضِعُوٓا۟ أَوْلَٰدَكُمْ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُم مَّآ ءَاتَيْتُم بِٱلْمَعْرُوفِۗ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
==========================================================================
Allahuakbar. Terlalu banyak dugaan hari ini.
Namun Allah jualah yang melindungi hambanya dari segala perkara yang tidak diingini.
Maka dalam setiap apa yang kita lakukan, wajiblah terlebih dahulu meminta atau memohon kepada Allah agar permudahkan segala urusan kita.
Semoga Allah senantiasa kurniakan ilham untuk terus istiqamah menulis dari ayat-ayat suci surah Al-Baqarah ini. Sejak akhir-akhir ini banyak perkara yang menyentuh lubuk hati ini.
Mungkin jua Allah sedang mengerakkan hati ini ke jalan yang sepatutnya. Allah mungkin ingin kita lebih fokus dan istiqamah dalam perkara yang berkaitan kebaikan.
Maka dengan sebab itulah Allah hadirkan ramainya insan-insan yang juga suka kepada minat yang sama iaitu menulis.
Menulis berdasarkan ayat-ayat suci Al-Quran adalah satu pengalaman yang baru dalam hidup saya. Selalunya hanya menulis melalui pengalaman kehidupan yang telah dilalui beberapa tahun yang lepas.
Alhamdulillah. Kali ini menulis hasil dari pemahaman sendiri dari surah Al-Baqarah ayat 233.
Dari ayat tersebut, Allah telah mengalakkan para ibu untuk menyusukan bayi mereka sehinggalah genap berusia dua tahun. Maka adalah menjadi satu kewajipan bagi seorang bapa untuk menyediakan segala keperluan mengikut kemampuan bapa dan juga keluarga tersebut. Itupun jika ibu dan bapa mahu sempurnakan apa yang Allah galakkan.
Apa pun dari sudut yang lain tiada paksaan sama sekali.
Semuanya terletak pada keputusan yang diambil oleh seorang ibu dan juga bapa.
Maka jikalau tak mahu laksanakan apa yang Allah suruh oleh beberapa sebab yang tak dapat dielakkan maka Allah jua tak akan menghukum ibu atau bapa tersebut.
Mengenai isu penyusunan yang Allah galakkan ini, teringat kisah suatu waktu ketika anak-anak masih bayi.
Bagaimana anak yang lelaki ada ibu susuan dan alhamdulillah dapat menyusukan anak yang bongsu sehingga genap berusia dua tahun.
Anak yang lelaki ada ibu susuan kerana waktu itu sibuk menjaga arwah kakaknya yang sedang sakit kronik. Dalam masa yang sama waktu itu saya baru habis berpantang dan kakaknya diserang demam panas. Kalau diingatkan anak yang lelaki baru sahaja belajar minum susu botol dan masih tidak berapa pandai menyusu botol.
Dengan keadaan kakaknya yang demam panas melampau saya tiada pilihan terpaksa meninggalkan si adik yang baru berumur 6 bulan dengan jiran sebelah rumah.
Kuasa Allah jiran juga dalam proces berpantang anak yang ke empat. Agak kelam kabut tapi serahkan segalanya kepada Allah yang maha esa. Dan Allah permudahkan segalanya.
Jiran pernah bercerita yang anak lelaki saya langsung tak mahu menyusu botol dan selalu menangis.
Bimbang dengan keadaan anak lelaki saya yang menangis dan tak mahu menyusu botol, terus jiran meminta izin dari suaminya untuk menyusukan anak lelaki bertuah saya ini.
Syukur sebaik sahaja menyusu dia terus terlena.
Maka sejak itulah anak lelaki saya ada ibu, ayah dan juga adik-beradik susuan. Sehingga kini hubungan mereka akrab dan saling bertanya khabar dengan emak susuan juga adik-beradik yang lain. Sejak kejadian itu dan setelah arwah kakaknya kembali ke rahmatullah, saya nekad dan berdoa jika Allah kurniakan anak yang ketiga, maka saya berimpian untuk menyusukan anak sehingga genap berumur dua tahun.
Berkat dari doa kepada Allah setiap hari, saya disahkan mengandung lagi anak yang ke tiga.
Sebaik sahaja bersalin, saya terus menyusukan anak yang ketiga ini sepenuhnya. Maka tak hairanlah anak dara yang nan seorang ini susah nak kena sakit dan demam. Kalau ada demam pun tak lama mana.
Itulah pengalaman lalu tentang penyusuan. Menyusukan anak sendiri adalah satu nikmat yang sukar digambarkan. Hubungan antara anak dan ibu menjadi semakin erat dan aura seorang ibu terhadap anaknya sangat kuat.
Sekian
Sariah Awang Senik
Safa dan Marwah dalam kehidupan kita
Bismillah, Ya Allah, izinkan aku dan pimpinlah jari-jari ini untuk mencoretkan sesuatu yang bermakna sebagai ingatan buat diriku dan sahabat-sahabat yang membaca....
Rasa teruja, berdebar, takut pun ada. Biasanya menulis untuk tatapan dan luahan diri sendiri, tapi hari ini saya belajar untuk menulis dan berkongsi tentang suatu perjalanan...Perjalanan diri saya dengan Al-Quran. Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud.... Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang Maha Pencinta.
Sering kita dengar, Al Quran itu ayat-ayat Cinta dari Allah.... Tapi, kenapa bila kita membacanya tiada rasa, tak faham apa-apa pun.... alah, cerita dulu-dulu....
Astaghfirullahal adzim.... Maafkan aku Ya Allah... aku hambaMu yang jahil.
Memanglah kita tak akan faham, memanglah kita tak rasa apa-apa.... bila kita cuba membaca Al-Quran macam kita membaca buku teks, buku ilmiah....
Tapi bila saya mula membaca Al Quran dari hati, dengan adabnya, dengan niat dan doa.... Ya Allah, ajarkan aku, fahamkan aku..... bila mula mengaitkan ayat-ayat Quran ini dengan kehidupan Saya..... Allahu, memang terasa seperti Allah sedang bercakap dengan saya....
Perjalanan dalam Jurnal Al Quran masih di dalam Surah Al Baqarah... hari ni yang
terkesan di hati saya ialah dari ayat 158.... ya memang ia tentang manasik Haji.
“Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui”.
Sahabat-sahabat sudah ada yang mendapat tarikh menunaikan Ibadah Haji.... Rindu datang lagi, mengingatkan diri ini kembali pada 2 tahun yang lalu ketika sedang bersiap-siap untuk menunaikan Haji..... Ya Allah, hati ini terlalu rindu Allah....
Sebelum ini, Saya hanya nampak ‘Safa dan Marwah’ sebagai satu Ibadah Umrah dan Haji.... namun sebenarnya, Safa dan Marwah ini juga adalah sebenarnya kehidupan kita setiap hari....
Allah memperjalankan kita setiap hari... Jika kita seorang pekerja, Safa dan Marwah kita adalah Rumah dan Pejabat Kita, jika kita seorang surirumah, Safa dan Marwah kita adalah tanggungjawab dan tugasan kita di Rumah.... jika kita pelajar, sekolah atau universiti kita itu Safa dan Marwah kita.... Ya Allah, benar Ya Allah bila hambaMu melakukan sesuatu dengan sukarela dan ikhlas.... balasan dariMu sangatlah luas.... Hati akan merasa lebih bahagia dan tenang.....
Ya Allah, Terima kasih Ya Allah di atas kefahaman ini.... bimbinglah kami di dalam setiap Perjalanan hidup kami ini.....
LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH"
Tuesday, June 18, 2019
HARGAILAH DAN BELA NASIB MEREKA
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Apps Al-Quran
http://www.facebook.com/sariahawangsenik
Syukur Allah masih izinkan untuk bernafas lagi dan jalankan segala tanggungjawab ini.
Maka setiap hari jugalah gigih untuk luahkan rasa bersyukur terhadap Allah melalui selawat, zikir dan juga sedekah.
Terima kasih Ya Allah kau permudahkan segalanya.
Saat fikir kadang keadaan kehidupan yang tak semewah mana, rupanya ada lagi insan yang hidupnya lebih menderita.
Ketika memandang wajah anak-anak tersayang yang kekurangan kasih sayang seorang ayah asbab sebuah perceraian, ada lagi anak-anak lain yang lebih menyedihkan. Kehilangan kedua orang tua tersayang sekaligus menjadikan anak-anak tersebut seorang yatim piatu.
Pastinya bergelar seorang yatim piatu bukanlah satu gelaran yang s
diimpikan oleh setiap anak-anak.
Dalam ayat surah Al-Baqarah (2) ayat 220, telah Allah jelaskan bahawa kita adalah sangat digalakkan untuk membantu dan juga membela nasib anak-anak yatim piatu.
Sebaiknya janganlah kita lepas tangan melihat nasib anak-anak yatim piatu ini. Jikalau boleh berusahalah apa yang termampu untuk membantu meringankan penderitaan dan juga kesedihan anak-anak yatim ini.
Mengapa Allah sangat mengalakkan untuk membantu anak-anak yatim piatu ini?
Mereka anak-anak yatim piatu adalah saudara seagama dan jika bukan kita yang membantu dan memberi sokongan, siapalah lagi ya??
Atas kesedaran itulah juga dari ayat 220 dari surah Al-Baqarah, Allah menyarankan kita untuk menjalinkan hubungan silaturahim dengan anak-anak yatim piatu supaya lebih erat dabdapat membantu anak-anak agar tidak merasa tersisih untuk mengharungi sebuah bahtera kehidupan.
Insyaallah dengan ayat 220 ini, kita tidak lagi terlalu mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan wajah-wajah polos anak-anak yatim piatu yang sangat dahagakan kasih dan sayang seorang yang bernama ayah dan juga ibu.
Al-Fatihah buat arwah ibu dan juga bapa anak-anak yatim piatu yang telah kembali kepada maha penciptaNya.
Sekian
Sariah Awang Senik
Ada Apa Pada Nyamuk
Al-Baqarah 2:26
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَسْتَحْىِۦٓ أَن يَضْرِبَ مَثَلًا مَّا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَاۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْۖ وَأَمَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فَيَقُولُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلاًۘ يُضِلُّ بِهِۦ كَثِيرًا وَيَهْدِى بِهِۦ كَثِيرًاۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِۦٓ إِلَّا ٱلْفَٰسِقِينَ
Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;
Apa yang hadir dalam fikiran
Kenapa Allah memberi peumpamaan nyamuk?
Kenapa Allah rasa tidak malu menggunakan peumpamaan itu?
Allah tidak malu kerana Dia mampu melakukan dan mencipta sesuatu yang kecil hingga sesuatu yang besar. Dan apa sahaja yang dicipta walaupun sekecil nyamuk ada hikmahnya.
Nyamuk yang kecil punya belalai. Gajah yang besar pun punya belalai. Tapi belalai nyamuk yang kecil mampu membunuh Raja Namrud yang hebat dan jahat. Dan kisah ini adalah benar.
Tapi orang yang ingkar masih lagi bertanya kenapa Allah memberikan perumpamaan nyamuk.
Manusia selalu tanya kenapa. Kenapa itu kenapa ini. Kenapa Allah bagi aku macam tu, kenapa Allah bagi macam ni.
Semalam timbul juga dalam pemikiran ketika sedang menyantuni mak buang air. Tiba-tiba dipukulnya saya. Hati berkata mak dah tua, tak ingat. Boleh sabar dan berdiam Tapi masih lagi bertanya pada Allah, kenapalah Allah buat aku macam ni. Banyak sangat dosa aku ni. Nak dapat pahala pun susah.
Pilihan yang salah
Memilih untuk bertanya pada Allah 'kenapa', Lupa tentang hikmah disebalik sesuatu kejadian
Pilihan yang benar
Jangan menjadi orang yang ingkar mempertikaikan apa yang Allah beri.
Allah maha Mengasihi, ada sebab perkara itu berlaku walaupun kita tak faham kenapa ia berlaku sebab al Al Haq. Dia berhak melakukan apa sahaja dan setiap apa yang Dia lakukan ada hikmahnya. Dia mengetahui apa yang lebih baik.
Al-Baqarah 2:216
كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكْرَهُوا۟ شَيْـًٔا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّوا۟ شَيْـًٔا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Sikap yang benar
Berperang berjihad dengan diri sendiri. Apa yang berlaku sama ada yang baik ataupun yang buruk berlaku adalah proses untuk kita menundukkan ego kita sendiri.
Sesuatu yang kita tidak suka tidak akan sama dengan nikmat yang sangat banyak Allah telah berikan.
Dan tidak patut kita tanya kenapa Allah memberikan sesuatu yang buruk. Apa yang patut saya lakukan adalah bersyukur atas segala keburukan yang diberi kerana ia juga adalah nikmat kerana dapat menyuci sikap kegoaan yang mengotorkan hati.
An-Nahl 16:18
وَإِن تَعُدُّوا۟ نِعْمَةَ ٱللَّهِ لَا تُحْصُوهَآۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Emosi
Feeling Happy dan bersyukur atas sifat ar Rahman ar Rahim Allah.
Terima kasih Allah atas apa yang Engkau berikan pada ku. Sesungguhnya apa yang Engkau berikan itu adalah nikmat yang paling besar untuk aku terus berada di jalan yang lurus.
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَسْتَحْىِۦٓ أَن يَضْرِبَ مَثَلًا مَّا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَاۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْۖ وَأَمَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فَيَقُولُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلاًۘ يُضِلُّ بِهِۦ كَثِيرًا وَيَهْدِى بِهِۦ كَثِيرًاۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِۦٓ إِلَّا ٱلْفَٰسِقِينَ
Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;
Apa yang hadir dalam fikiran
Kenapa Allah memberi peumpamaan nyamuk?
Kenapa Allah rasa tidak malu menggunakan peumpamaan itu?
Allah tidak malu kerana Dia mampu melakukan dan mencipta sesuatu yang kecil hingga sesuatu yang besar. Dan apa sahaja yang dicipta walaupun sekecil nyamuk ada hikmahnya.
Nyamuk yang kecil punya belalai. Gajah yang besar pun punya belalai. Tapi belalai nyamuk yang kecil mampu membunuh Raja Namrud yang hebat dan jahat. Dan kisah ini adalah benar.
Tapi orang yang ingkar masih lagi bertanya kenapa Allah memberikan perumpamaan nyamuk.
Manusia selalu tanya kenapa. Kenapa itu kenapa ini. Kenapa Allah bagi aku macam tu, kenapa Allah bagi macam ni.
Semalam timbul juga dalam pemikiran ketika sedang menyantuni mak buang air. Tiba-tiba dipukulnya saya. Hati berkata mak dah tua, tak ingat. Boleh sabar dan berdiam Tapi masih lagi bertanya pada Allah, kenapalah Allah buat aku macam ni. Banyak sangat dosa aku ni. Nak dapat pahala pun susah.
Pilihan yang salah
Memilih untuk bertanya pada Allah 'kenapa', Lupa tentang hikmah disebalik sesuatu kejadian
Pilihan yang benar
Jangan menjadi orang yang ingkar mempertikaikan apa yang Allah beri.
Allah maha Mengasihi, ada sebab perkara itu berlaku walaupun kita tak faham kenapa ia berlaku sebab al Al Haq. Dia berhak melakukan apa sahaja dan setiap apa yang Dia lakukan ada hikmahnya. Dia mengetahui apa yang lebih baik.
Al-Baqarah 2:216
كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكْرَهُوا۟ شَيْـًٔا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّوا۟ شَيْـًٔا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Sikap yang benar
Berperang berjihad dengan diri sendiri. Apa yang berlaku sama ada yang baik ataupun yang buruk berlaku adalah proses untuk kita menundukkan ego kita sendiri.
Sesuatu yang kita tidak suka tidak akan sama dengan nikmat yang sangat banyak Allah telah berikan.
Dan tidak patut kita tanya kenapa Allah memberikan sesuatu yang buruk. Apa yang patut saya lakukan adalah bersyukur atas segala keburukan yang diberi kerana ia juga adalah nikmat kerana dapat menyuci sikap kegoaan yang mengotorkan hati.
An-Nahl 16:18
وَإِن تَعُدُّوا۟ نِعْمَةَ ٱللَّهِ لَا تُحْصُوهَآۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Emosi
Feeling Happy dan bersyukur atas sifat ar Rahman ar Rahim Allah.
Terima kasih Allah atas apa yang Engkau berikan pada ku. Sesungguhnya apa yang Engkau berikan itu adalah nikmat yang paling besar untuk aku terus berada di jalan yang lurus.
Monday, June 17, 2019
DUGAAN SALAH SATU JALAN KE SYURGA
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Apps Al-Quran
http://www.facebook.com/sariahawangsenik
Alhamdulillah.
Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. Semoga Allah permudahkan untuk menulis entri ini sebaik yang mungkin. Jujur diri ini bukanlah pandai mana dalam membaca kalam Allah ini. Membaca setiap kalimah Allah ini pun masih merangkak-rangkak lagi. Jika ada silap dimana-mana, mohon kemaafan dan janganlah segan untuk menegur diri yang terlalu banyak dosa ini.
Menyiapkan tugasan setiap hari dari group cycle bidadari ini dengan berpandukan ayat-ayat suci dari surah Al-Baqarah 2, ayat 203 sehinggalah ayat 218.
Ketika membaca terjemahannya, hati tertarik dengan ayat 214 dari surah Al-Baqarah ini.
Ayat yang menerangkan bahawa sebagai hamba Allah dilarang sama sekali untuk merasa terlalu yakin bahawa diri akan masuk terus ke syurga tanpa diuji oleh Allah terlebih dahulu.
Sebagai seorang hamba Allah pasti Allah akan menduga setiap hambanya dengan pelbagai dugaan. Mungkin Allah akan menduga hambanya dengan kesakitan, kekecewaan, kemiskinan , keruntuhan rumahtangga dan bermacam dugaan dugaan lagi.
Terus teringat kepada diri sendiri yang telah mengharungi pelbagai ujian dalam kehidupan.
Pemergian bonda yang tercinta dan kembalinya arwah anak tersayang asbab satu penyakit kronik juga musnahnya mahligai impian.
Secara jujur saat musibah datang bertandang dalam kehidupan ini, kehidupan terasa amat sempit dan terasa bagaikan satu bebanan yang amat berat.
Mulalah diri menyoal balik kepada Allah, kenapa Allah kurniakan semua dugaan-dugaan tersebut. Setelah beberapa ketika barulah tersedar bahawa setiap dugaan yang Allah anugerahkan itu terselit satu hikmah yang maha besar.
Contohnya, Allah gantikan bonda tercinta dengan arwah ibu mertua yang sangat baik dan memahami juga Allah anugerahkan dua orang cahayamata lelaki dan juga perempuan sebagai penganti arwah anak sulung yang tersayang.
Semua itu adalah hikmah yang tersembunyi disebalik semua ujian tersebut.
Dalam ayat 214 juga ada menyarankan kepada setiap hamba Allah yang sedang diuji akan senantiasa bersabar dan jangan sesekali berputus asa berdoa terus kepada Allah yang maha esa.
Allah yang turunkan ujian maka sudah pastilah ada rahmat disebalik semua dugaan tersebut. Apa yang perlu kita lakukan ketika sedang ditimpa musibah hanyalah bersabar, yakin dan lebih dekatkan diri kepada Allah.
Hinggalah satu saat, kita tak sangka sudah melepasi semua dugaan tersebut dan sudah pun merasai akan hikmahnya dari semua musibah yang telah kita harungi itu.
Insyaallah ayat 214 ini juga sebagai satu peringatan kepada diri agar senantiasa memastikan diri tak sedih dan yakin Allah selalu berada disisi biar apa pun yang terjadi kepada diri ini.
Harapannya dengan segala ujian atau musibah yang telah diharungi itu bolehlah dijadikan sebagai salah satu tiket untuk syurga abadi disana nanti.
Sekian
Sariah Awang Senik
Friday, June 14, 2019
Jurnal Doa Al Fatihah
Dengan Namamu Bismillah hirahhmanirrahim,
Dengan Nama ALLAH yang maha pemurah dan penyayang. Dengan
Namamu aku hidup Ya Allah. Dengan kasih-sayang dirimu yang menjadikan aku ada
daripada tiada. Dengan namamu aku memulakan sesuatu perkara dalam hidupku.
Ya Allah ya tuhanku, segala puji dan kesyukuran hanya
layak aku panjatkan kepada untukmu rabb sekaliaan alam. Aku merafakkan
segala puji dan kesyukuran hanya untukmu atas segala-gala nikmat dan peluang
yang aku dapat dalam hidup ini ya Allah.
Tidak terungkapnya rasa syukurku kepadamu kerana engkau
memudahkan segala urusanku untuk berada
dalam Journey of Iman, Living into greatness iaitu untuk terus mempelajari
kalammu iaitu AL-quran dan untuk terus
belajar membaiki diri ini.
Ya Allah ya tuhanku yang memberi segala nikmat dalam
kehidupan ini sama ada aku sedar atau tidak sedar Ya ALLAH, Ya ALLAH aku sangat
bersyukur ya Allah kerana lahir kedunia ini dan merasai nikmat sebuah kehidupan
ya Allah .
Ya Allah dengan sifat Ar Rahman dan Ar Rahim mu Yang Maha Pemurah dan
Penyayang, Aku memohon kepadamu bantulah aku , mudahkanlah urusanku untuk
berada dalam Journey of Iman ini dan
berilah kesabaran kepadaku untuk mengutip segala ibrah dan pengajaran dalam
kehidupan.
Ya ALLAH dengan namamu Ar Rahman dan Ar Rahim, rahmatilah
perjalanan hidupku ini dengan petunjukmu, pandanglah aku dengan pandangan kasih
sayangmu walaupun kadang-kadang diri ini sering leka dan lalai. Ya ALLAH , aku tidak mampu hidup tanpa
Rahmatmu dan “mercy” daripadamu . Bantulah aku Ya Allah.
Ya Allah, pemilik hari pembalasan ( Yaumuddin). Ya ALLAH,
engkau maha berkuasa atas diri ini dan engkau juga maha berkuasa pada hari
perhintungan nanti.
Ya ALLAH, kematiaan satu kepastiaan. Dan Hari Pembalasan
satu kepastiaan.
Ya ALLAH, Bantulah aku untuk hidup didunia dengan “purpose”
yang benar iaitu untuk sentiasa mentauhidkumu dalam kehidupanku dan sentiasa
menjadikan akhirat sebagai begin with end of mind supaya aku sentias bersedia
berjumpa denganmu.
Ya ALLAH, Hanya kepada Engkau aku mengabdikan diri dan hanya
kepada Engkau aku memohon pertolongan.
Ya ALLAH, aku hanyalah hambamu Ya ALLAH.
Bantulah aku Ya Allah,dan hanya kepadamu aku memohon
pertolongan Ya Allah.
Bantulah aku untuk terus
hidup dan bersabar mencari kebenaran dan hidup dengannya dan berpegang
dengannya.
Ya ALLAH, tunjukilah dan tuntunilah diri ini kedalam jalan
yang lurus dengan petunjuk Al-Quran dan
jalan orang-orang yang engkau beri
nikmat di akhirat kelak dan bukanlah jalan orang yang engkau murkai dan jalan
orang yang sesat.
Wednesday, June 12, 2019
Sedekah Bukan Kerana Ganjaran
Selalu bila bersedekah aku memikirkan ganjaran yang Allah akan
berikan. Terutama bila aku dalam keadaan kekurangan sumber kewangan. Terlintas
di dalam fikiran “Kalau aku sedekah ni, mesti Allah akan berikan lebih”. Malu
aku. Aku lupa bahawa aku kena bersedekah kerana rezeki yang TELAH Allah berikan pada aku. Bukan sebab
ganjaran. Aku pun selalu berfikir bila
dapat rezeki lebih, aku sangkakan bahawa rezeki lebih ni adalah hasil sedekah aku.
Aku pula memandai-mandai menentukan apa yang Allah berikan.
Aku lupa bahawa orang-orang beriman apa bila bersedekah akan berasa
takut
وَالَّذِينَ هُم بِآيَاتِ رَبِّهِمْ يُؤْمِنُونَ - 23:58
Dan
orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka
وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوا وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ
أَنَّهُمْ إِلَىٰ رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ - 23:60
Dan
orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar
kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka;
Kenapa
orang-orang beriman hati mereka bergetar kerana memberi? Kerana mereka takut
amal mereka ibarat debu yang berterbangan
وَقَدِمْنَا إِلَىٰ مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ
هَبَاءً مَّنثُورًا - 25:23
Dan
Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal
(yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang
berterbangan
Aku
perlu tanamkan dalam diriku bahawa aku bersedekah kerana redha Allah dan
bersyukur atas pemberianNya untuk menjadi orang yang berjaya di dunia dan di
akhirat
فَآتِ ذَا الْقُرْبَىٰ حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ
السَّبِيلِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ ۖ
وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ - 30:38
Maka
(bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin
serta orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredaan
Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Doa :
Ya Allah, aku mohon padaMu agar Engkau mengilhamkan aku bahawa aku bersedekah
kerana rezeki yang telah Engkau berikan padaku. Jadikan aku orang yang
bersedekah kerana redha Mu supaya aku tergolong daripada orang-orang yang
berjaya dunia akhirat. Sesungguhnya ganjaran di akhirat adalah lebih baik.
Amin. Terima kasih Allah atas segalanya
Jurnal Syukur
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah Yang Maha Pemurah dan Maha
Penyayang kerana telah memberikan aku rezeki pendapatan hari ini.
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kerana
kasih sayang Mu memberi aku kesihatan untuk aku terus mencari rezeki, Ya Fatah,
Ya Razak, Ya Wasit
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah ya Rahman Ya Rahim kerana
kasih sayang Mu telah memberikan aku ilham untuk aku memahami ilmu yang aku
pelajari.
Friday, June 7, 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)


